Saturday, January 14, 2017

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia - 23 Jan 2017

Tags

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seperti berikut.

  1. Eksekutif Pemasaran Gred 29
  2. Pembantu Tadbir Gred 19

Institut Kefahaman Islam Malaysia




Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik.

Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji. Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.

Dalam keghairahan umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam terdahulu, mereka kini berhadapan dengan pelbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ditambah pula dengan maklumat yang disalah tafsir oleh media massa yang membawa kesan negatif kepada umat Islam.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan


– Eksekutif Pemasaran Gred 29. Klik sini untuk syarat lantikan
– Pembantu Tadbir Gred 19. Klik sini untuk syarat lantikan

Cara Memohon Jawatan Kosong IKIM


Cara memohon jawatan kosong IKIM adalah seperti di bawah.


Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2, 
Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 KUALA LUMPUR

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Januari 2017

Maklumat lanjut Jawatan Kosong IKIM boleh didapati disini.


EmoticonEmoticon